Friday, August 11, 2017

Semakin Besar Semakin Banyak Ragam


Saje je malam ni nak citer pasal anakanda berdua yang dah start pandai macam2... Sebenarnya, tak de apa sangat yang menarik. Tapi as a mum, perkembangan dorang sentiasa menarik. Sentiasa nak CJN rakamkan sebagai momen indah dalam hidup. Yelah, dorang membesar cuma sekali ni je. Setiap momen yang berlaku tu pon berlaku once in a lifetime. Esok2 bila dah besar, dah takde dah momen2 indah macam ni. Masa tu of kos lah momen indah yang lain pulak. Kan?

Picer dia atas diamabil masa umur Wafi 2 tahun 4 bulan. Ammar pulak 9 bulan. Tengoklah gambar acah2 sweet dorang ni kan... Ingat senang nak amik gambar jadik cenggini... Ibu sungguh berusaha hokeyyyy....😂😂😂
Amirul Wafi
Haaa.... Nampak tak. Dia dah pandai berjalan. Dah pandai memberontak. Dah pandai bermain. Picer ni di ambil kat BP Mall. Sebenarnya saje bagi main kat tempat macam ni supaya dia lupa sekejap dengan henpon. Sebagai mak2 yang sangat prihatin terhadap anak, bermain henpon sangat2 membuatkan mak2 jadi jem. Pening tengokkan. Walaupon dia belom kira addict tahap gaban, tapi, bila tengok dia main henpon yang beria2 tu menjadikan mak2 ni risau. Huhuhuhuhu. Pening kepala memikiokan.

Waktu ni, Wafi kira dah pandai jugak lah main kat taman permainan.
Dia jugak, dah pandai sebut 1,2, 3. Kira masa ni dia dah kenal nombor. Huruf belum lagi. Part paling best iaiah, dia dah pandai humming lagu or zikir kat tv. 
Cute je rasa....😍😍😍

Pastu, dia dah kenal warna. Sebenarnya banyak lagi kena ajar dia. Tapi, slow2 ye ibu. Adehhhh!!!!
Cjn tengok ada anak member tu dah pandai baca alif ba ta. 😅😅😅
Wafi lom pandai lagi. Padahal sebaya tu. Rasa macam ketinggalan pulak kat situ. Tapi, CJN selalu pesan kat dalam hati yang bebudak ni lain2 perkembangannya. Bertabah ye CJN....
Wafi sekarang ni dah pandai buli adik dia. Kadang tak pasal adik kena tepuk. Kena pukul. Aishhh!!! Wafi, Wafi. Sabor je la ibu... Kadang ibu mengamuk juga dekat Wafi. Tapi, lepas tu ibu selalu minta maaf sebab kadang rasa garang beno dengan Wafi.

Ammar Amnan & Ibu
Yang ini manja ibu ni.... Baru 9 bulan dah pandai nak berdiri sendiri. Selalu sangat dah dia tergolek bila lepas tangan dari kerusi meja. Ammar ni pulak berani sangat. Kalau dia main sorang2 tu memang kena tengok2kan selalu. Dia dah pandai main sorang2 tapi, kadang tu bila dia pandai2 berdiri sendiri tanpa pengawasan, tu yang jadi tergolek tu. Dia suka lepas tangan. Rasanya, sebab dia konpiden dia dah boleh berdiri. Ammar, Ammar. Comel sangat sayang ibu yang ini ni.....😍😍😍

Time gini dah pandai berebut sudu dengan ibu masa makan. Dah pandai melawan bila kita marah dia. Dah pandai mengamuk bila ibu hilang dari pandangan. Dah pandai makan macam orang dewasa. Suka makan, kuat nyusu. Tapi, still tak nak susu botol lagi. Suka usik abang masa tidur. Suka sakat abang dia. 

Perangai dia pulak more independent dari abangnya. Rasa macam lebih dewasa dan cepat matang sikit dari abang. Alahai, Ammar. Janganlah cepat membesar. Ibu belum puas gomol2 awak, tawwwwww!!!!!

Ekceli, awak berdua kesayangan ibu ni. Janganlah cepat sangat membesar. Ibu belum puas gomol awak berdua. Masih rindu bila awak berdua tidor. Sunyi bila awak berdua tidur. Geram bila awak berdua mengamuk. Terngiang2 suara awak berdua ketawa, senyuman yang manis untuk ibu. Gelagat awak berdua lepas mandi. Main kejar2 dengan awak. Kepandaian masing2 yang sentiasa mencuit hati ibu. Perangai awak berdua yang kadang buat ibu pening bila berebut nak menyusu. Aduhai, anak..... Betapalah ibu sayangkan awak berdua.💖💖💖💖💖

Ibu nak simpan rapat2 momen indah ibu dengan awak berdua. Sebab, cepat sangat membesar. Apa yang jadi hari ni, takkan berulang lagi esok. Yang paling penting sekali. Ibu sayang sangat dekat awak berdua. 💜💜💜💜💜

Love,

No comments:

Post a Comment