Saturday, August 12, 2017

Review The Purge : Election Year



Malam ni tertarik nak tengok citer The Purge ni. Sape penah tengok kat wayang mungkin tahu la kot citer The Purge ni. 

CJN kebetulan pulak anakanda2 tak buat hal dan baik2 aje malam ni. So, CJN dengan jayanya menekun tengok citer ni. CJN kategorikan sebagai 18PL la kot. Ganas dan ada kisah politik. 

Mengisahkan seorang Senator berjiwa rakyat. Dia menjadi saksi pembunuhan tragis keluarga dia masa kecik. Sebab tu dia cuba bertanding untuk jadi Presiden. Untuk hapuskan amalan purge ni. Setiap tahun sebelum election, akan ada satu malam yang mana semua orang di Amerika boleh membunuh tak kira apa sebabnya. Takkan ada anggota keselamatan akan bertugas waktu malam tu. Diorang gelarkan malam tu The Purge. Semua orang akan duduk kat rumah masa ni dalam masa 12 jam. 

So, sebagai Senator yang baik, beliau dikehendaki duduk kat dalam rumah diam2. Tapi, dengan tak disangka2, pesaing beliau ni nak dia mati. Maka, terjadilah episod dia melarikan diri dengan guard dia yang sangat setia. Orang lain, abes dah khianati dia. Tinggal sorang je mamat ni yang bertugas untuk jadi ala2 macam body guard dia jugak la. Leo kalau tak salah nama dia. Start dari situ diorang jadi pelarian. Melarikan diri dari pesaing yang nak membunuh Senator, penjarah yang memang nak bunuh orang. Best of all, nak survive satu malam ni untuk teruskan hidup esok. 

Kalau ikut CJN boleh bagi 4 bintang dari 5. 

Pengakhiran citer tu memang kita dah jangka yang Senator dan Leo ni akan berjaya harungi malam purge ni. Dan seterusnya, beliau berjaya menjadi Presiden. Macam biasalah.

CJN tengok citer ni dan sempat berfikir dalam kepala otak ni.

Ya Allah, jauhkan negara aku jadi macam ni. Dahlah ramai penjenayah. Dapat pulak satu malam free untuk membunuh. Polis tak bekerja. Hospital tak amik orang. Bomba cuti. Kiranya, pegawai keselamatan negara takde. Tak wujud malam tu. Perompak berluasa merompak dan bunuh. Perogol merogol dan bunuh. Penyamun menyamun dan bunuh. Pencuri mencuri dan membunuh. Penyangak menyangak dan bunuh. Ko rasa??!! Memang menakutkan dan minta dijauhkan. 

Na'uzubilahi min zalik.... Allahu Akbar. 

Sape tengok citer ni dan berfikir benda yang sama macam CJN, kita genggg!!!! πŸ˜–πŸ˜–πŸ˜–

Pada pendapat CJN, sape yang amalkan tradisi ni, yang bagi idea untuk purge ni, layak dibunuh. Orang yang cadangkan purge ni lah yang wajib di bunuh dulu sebelum orang lain terbunuh dan membunuh. Ada ke cadangan yang bukan2 dibuatnya....

Cubalah buat satu hari selama 12 jam tu, amalan bersedekah kepada fakir miskin ke, mengaji al Quran beramai2 ke, semua organisasi besar yang untung billion2 tu bagi makan free kat staff ke, penduduk tempatan ke. Tu TM tu cuba bagi free kol pada semua pelanggan ke, free wifi ke. Ada lah jugak pekdah. Ini membunuh pulak. Suka2 hati je nak amik nyawa anak orang. Dia tak tahu ke yang mak bapak bela anak2 diorang bukan untuk dibunuh. Herrmmmm....

Ok, itu jelah yang CJN nak luahkan perasaan. CJN doakan kesejahteraan negara kita berkekalan jangan sampai jadi macam tu. InsyaAllah. Aamiinnn. Semoga jumpa lagi. 

Tataaaaa. πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Love,

2 comments:

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete