Wednesday, January 4, 2017

Selamat Tinggal 2016, Selamat Datang 2017


Selamat tinggal 2016. Selamat Datang 2017.

Hari ni terasa nak citer sikit apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2016. Banyak sangat kenangan yang ditinggalkan pada tahun 2016. Ada yang pahit, manis, masin, kelat, pedas. Sumer cukup. Dah bukan 3 rasa dah tu. Ada pelbagai rasa dalam resepi 2016 tu. Hehehe.

Starting dengan Januari 2016. Setelah setahun tak bekerja kerana melahirkan Amirul Wafi, tetibe dapat kerja dengan satu syarikat Melayu yang sangat popular dengan pakaian dia yang sangat cantik dan kreatif. Lain dari yang lain. Owner dia pun bukan main lawa lagikk!! Tapi, sayangnya tak dapat bekerja lama pulak kat situ.

Bulan Februari, start rasa tak seronok bekerja dengan beliau. Ada rasa macam diabaikan dan layanan ketaksamarataan. Takpelah. Masa tu tahan jek dulu. Manalah tau, kot2 berubah. At the same time, Wafi start demam dan selsema. Agak teruk juga. Dalam seminggu tu dua tiga hari demam dan selesema. Lepas tu hari minggu je dia ok. Sampai kena amik gas kat klinik. πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

Bulan Mac, dah betul2 rasa nak berenti kerja. Dah takde hati langsung nak bekerja. Sebabnya, bos dah nampak macam tak suka CJN jek. Tak tahu jugak apa silap CJN. Tapi, CJN pon dah takde hati, jadi CJN dah malas nak tanya apa yang buat dia tak puas hati. Cuma nak kata, sepanjang keje kat situ, CJN dah cuba buat yang terbaik. Kat sini jugaklah satu2nya tempat kerja yang CJN tak pernah ngular. Tempat lain pernah. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰ Pada bulan Mac jugaklah, tarikh bersanding adik2 berdua dan meraikan kedatangan Wafi genap setahun. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Bulan April. CJN dah nekad nak berenti. Dapat tahu pulak diri ni mengandung lagi. Yayyyyy!!! Suka campur risau. So, masa peknen ni CJN memang tak berapa sihat. Keadaan diri pon tak berapa meyakinkan. Nak tengok gajet memang tak dapatlah. Mabuk sangat. Cuma, takdelah sampai masuk sepital. Yang tu, Alhamdulillah... πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Bulan Mei, CJN dah berenti dan duduk kat kampung sepenuhnya. Mabuklah CJN kat kampung dengan si Wafi yang dah mula pandai berbagai2 benda. Seronok dia duduk kampung sebab atuk dan nenek manjakan dia kemain lagik!!! 😏😏😏

Bulan Jun adalah bulan yang takkan CJN lupakan. Masa ni, Wafi terpaksa masuk hospital sebab dia demam yang agak teruk. Kena amik darah dan kena masuk air. Ibu tengok dia kena amik darah pon, ibu sibuk nak nangis😩😩😩. Akhirnya, bila dah keluar dari hospital dapat pengajaran yang berguna untuk diri sendiri. Kalau anak demam, terus je pergi sepital. Takpe. Kena admit pon takpe. Admit je. Sebab, masa nilah dokter dan nurse akan pantau betul2 anak kita. CJN berterima kasih dekat doketr dan nurse HSNI. Sangat dedikasi dan bertanggungjawab pada tugas.

Bulan Julai ialah bulan raya. First time beraya dengan Wafi. Yayyyy!!!! Seronok sangat. Si kecik tu pulak masa tu baru pandai makan. Makan pulak macam2. Seronok gilerrrrr!!! 😍😍😍

Bulan Ogos ialah bulan saspen sebab masa ni dah start buat kad merah yang mana CJN buat kad merah lambat. Masa tu kan, kunun2 nak buat kad kat Hospital Pantai. Lepas kena pujuk2 dengan Mr. A, barulah nak buat dekat KKIA. Nasib baiklah, KKIA Senggarang ni bagus. Kalau tak, memang tobat tak nak buat kad kat sini.😁😁😁

Bulan September pon masih sibuk2 lagi nak bersalin kat Hospital Pantai. Kunun2 takut sangat nak bersalin kat HSNI. Sekali bila pergi HP terus rasa nak pengsan tengok bil. 😝😝😝. Mahal yang bukan2. Sengajalah tu nak buat duit!! Kakakaka. 

Bulan Oktober pon tiba.... Waktu ni pon masih belum decide nak bersalin kat mana. Sampailah satu hari. CJN dan asben kena pergi Taklimat Suami Masuk Ke Kamar Bersalin kat HSNI. CJN penah citer dulu. Kalau rasa nak baca, bole tengok entri ni. Masa nurse tengah explain tu, CJN tengok dewan bersalin dia. Waaahhhh!!! Boleh tahan cantik. Boleh tahan selesa. Dari situ, CJN bagitau Mr. A yang CJN nak bersalin kat HSNI jek. Macam ok jek. Lepas tu boleh pilih dokter pompuan pulak tu!!! Ok sangatlah pada CJN. Mr. A pun, apa lagikkk!!! Yahoooo la dia!!! 😎😎😎 

Bulan November datang. Lepas je bersalinkan adik Wafi bernama Ammar, Mr. A dapat keje baru kat area Pengerang. Rezeki anak katanya. Alhamdulillah. Bermulah episod berpantang kat rumah mak ayah pulak sebagaimana pantangkan Wafi aritu. Cuma kali ni keje mak dan ayah berrtambah sebab kena jaga Wafi. Kesian mereka.... πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

Bulan Disember pon sampai.... Penutup tahun ni takde apa yang menarik. Cuma kakak ipar CJN buat surprise party kat ayah. Dia upah orang buat kek dan hantar sampai depan rumah. Terpinga2lah ayahanda ku bila ada orang hantar barang pukul 10 malam. 😁😁😁

Begitulah cerita sepanjang tahun 2016. Kesimpulannya, walaupun ada pelbagai rasa, ianya tetap jugak berwarna warni untuk mewarnai kanvas kehidupan CJN tahun 2016. 

Untuk tahun 2017 ni, harapan CJN tak banyak. Cuma nak bawak anak2 berjalan. Mungkin boleh mulakan bisnes sebagaimana cita2 CJN sejak dulu. Dan kalau boleh nak langsaikan segala hutang2 yang dah lama menyelubungi hidup CJN. 😊😊😊

Semoga kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga bertambah baik hubungan dengan Yang Maha Esa. Semoga bertambah kebahagiaan CJN bersama anak2 dan suami dan keluarga yang tersayang. Insyaallah. Amiinn...
 
P/S : Doa ini untuk para bloggers dan rakan2 juga. Amiinnn...

Sekian. πŸ’–πŸ’–

2 comments:

  1. Semoga tahun 2017 lebih baik dr sebelumnya insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. pelbagai suka duka dalam setahun kan..apepun muga tahun baru ni lebih baik lebih bahagia lebih kaya insyaallah

    ReplyDelete