Wednesday, December 28, 2016

Day #3 - CABARAN 7 HARI BLOGGING


Day #3 - Makanan Kegemaran

Makanan kegemaran ni banyak sangat kalau nak diikutkan. Dari lauk pauk, nasi2 goreng, kuih muih, puding2... Semua kategori tu ada yang jadi favourite CJN.
Yang pastinya, CJN suka makanan yang berasaskan kentang. Dari kentang goreng, begedel, potato chip dan sebagainya. Kalau dah namanya berasaskan kentang, CJN suka jek. Hahaha.
Yelah, dari kentang ni kalau boring2, bolah buat jemput2 kentang, kalau rajin sikit buat mashed potato. Kalau lebih rajin sikit boleh buat omelete tu campur dengan kentang dengan cheese. Kalau malas sikit, boleh buat wedges je. Goreng makan dengan cheese dan mayonis. Agar2 kentang pun sedap jugak.
Kalau takde lauk kat rumah, plus malas nak keluarkan ikan, ayam, daging, boleh masak kentang. Potong cili, bawang, ikan bilis. Goreng semua sekali. Letak kicap Dah siap satu lauk!!  Hehehe. 
Haaaa.... Macam2 boleh buat dengan kentang, kan? Sebab itulah CJN suka kentang!!! 😁😁😁
Sekian, tataaaa!

1 comment:

  1. wahh Ju jrg guna kentang dlm masakan sb xpikir dpt buat apa lg ngn kentang haha.. mslh bila xkreatif lgsg ni.. hehe

    selamat myahut cabaran =D

    ReplyDelete