Tuesday, December 27, 2016

Day #1 - CABARAN 7 HARI BLOGGING

Dicedok dari Google

Day 1 - Kenapa Buat Blog?

Sebenarnya, tujuan asal buat blog ni ialah nak citer pengalaman sepanjang mengandung dan sepanjang menjaga anak. Jugak nak share info2 yang mungkin orang nak tau. Bukan untuk berbangga. Tidak sama sekali. Tapi nak jadikan ianya seolah2 sebuah diari yang ditulis untuk diri sendiri tapi orang lain boleh dapat info jugak dari blog ni. Hmm... Gitulah citer dia.
Yelah, ada hari2 kita tak ingat apa yang berlaku kat kita pada masa2 tertentu. Jadi, dengan adanya blog ni, isi2 penting dah ada. Tinggal kita nak hadapi je. Sebab, kita ni pelupa, kan...?
Contoh, list barang untuk di bawak bersalin. Kita buat list untuk semakan kita pada masa akan datang. Dan kalau ada orang yang sama perlukan list tu pon, diorang boleh amik dari blog kita. Sharing is caring. Betul tak???
Itulah yang sebenarnya.....
Sekian.

1 comment: