Friday, November 4, 2016

Giveaway Shade Dough By Hanis Zalikha

klik banner kalau nak join

Jom!!! Try ni jomm!!! 
Ini 1st time daku join GA yang seumpama dengannya. Kalau ada kekurangan kat mana2 harap dimaafkan la yerk. Selalunya, blog ni citer pasal daku dan anak2. Tapi, kali ni saje jer try sesuatu yang different. 
So, syarat GA ni antaranya kena citer random kindness yang kita dah buat. Apa ye yang daku penah buat?? Macam tak hengat je lah... Hermmmm...
Ok. Ai try my best. Antara satu kisah yang aku ingat ni ialah pasal kawan aku. 
Citernya, anak dia disyaki ada bukaan kat jantung masa baby. Semakin besar budak tu, semakin besar pulak bukaan kat jantung dia. Sampai lah satu hari tu, dia kena buat operation kat jantung dia. Kawan ku ni orang Kedah. Anak dia pulak dibela oleh mak ayah dia kat Kedah.
So, nak jadikan citer, aku dengan rela hati menawarkan diri untuk menghantar dia balik Sungai Petani, Kedah bersama dengan Mr. A. Sambil2 tu aku nak berjalan ke rumah MIL aku kat Alor Setar. Sekali jugak bagi semangat kat sahabat aku ni supaya dia bersemangat sikit untuk menghadapi semua dugaan ni. Insyaallah.
Tiba hari yang dijanjikan, kitorang hantar dia balik kampung. Sesampai kat rumah dia, mak ayah dia layan aku dengan baik. Keluarga dia tu memang dah lama kenal dengan aku. Sempatlah bermalam kat rumah dia satu malam.
Masa nak meneruskan perjalanan kat Alor Setar, mak dia banyak kali ucap terima kasih kat aku. Aku pun tak tahu kenapa. Aku sempatlah jumpa anak kawan aku yang cumil tu. Umur dia masa tu 2 tahun kalau tak salah aku. Lepas aku balik, rupa2nya, ahli keluarga dia semua terharu dengan aku. Sebab?
Ermmm... Sebabnya, aku hantar kawan aku ni balik kampung. Jauh tu, dari KL ke Kedah. Kata diorang. Pastu, tak mintak bayor minyak dan tol pon. Terharu sungguh diorang dengan apa yang aku buat tu. Kata2 semangat tak lekang dari mulut aku untuk kawan aku ni. 
Tah la. Pada aku, pertolongan aku tu tak seberapa pun. Tapi pada diorang, sangat besar lagi pulak kebetulan kawan aku ni tengah susah dan sesak. Takpelah. Demi Allah, aku ikhlas.
Alhamdulillah, anak dia selamat dan membesar dengan jayanya. Umur dah 6 tahun pun. Cergas dan sihat. Terima kasih, Allah.
Inilah kisah aku. Kisah korang acaner plak??? Meh share.
**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
My IG : juliananida

1 comment: