Wednesday, November 16, 2016

Bukaan Jantung Baby 2mm


Genap sebulan aritu adik baby kena pergi ke pakar untuk check jantung. Sebab, masa kena kuning aritu, dokter detect jantung adik baby macam ada something wrong dengan degupan jantung dia. So, bila pergi ke pakar, dokter detect ada bukaan sebanyak 2mm kat jantung baby.
Ibunya pon dah start risau. Nak nangis ada, nak rasa hampa pun ada.
Tapi, bila pergi ke KKIA, sister tu bagitau yang benda bukaan 2mm tu perkara biasa. Bukaan tu sebenarnya saluran untuk pernafasan masa dia masih dalam kandungan. Perkara ni, tak perlu nak risau sangat. Walaupun macam tu, apa2 hal pon, kena jumpa dokter dulu untuk kepastian.
Bila umur sebulan masa 10.11.16 which is jatuh masa besday daku, kitorang pergi sepital HSNI untuk kepastian yang lebih pasti.
Berdebor2 sungguh rasa ibu dia menunggu jawapan yang pasti dari pihak dokter. Lepas daftar, adik baby kena timbang berat. Berat adik baby dah jadi 4kg. Waahhhh!!! Patutlah, ibu dah mula lenguh2 bila dukung dia. Hihihihi. Lepas timbang, baby jumpa nurse. 
Masa nilah yang paling saspen sekali. Berdebor2, berdeborrrr2 menunggu si nurse ni bagi jawapan. Saje tau nurse ni buat kita saspen. Dia relax je godeh2 adik baby dengan scanner jantung tuh. Sabor je lah ibu pon!!
Dah abes scan tu, dia dengan muka selamba berkata, ok. Dah semakin mengecil ye bukaan jantung anak puan. Sekarang ni dah ajdi 1.5mm. Aduyaiiii.... Kot ye pon, tak yah la buat muka saspen masa check tadi kakak nurse. Ai is nak pengsan rasa. Hehehe.
Lepas jumpa nurse, jumpa dokter pulak. Dokter pon kata semuanya normal. Dia check degupan jantung dan perut baby. Katanya, perut baby lembut. Hmmm... Lupa nak tanya kaitan perut dan jantung kat dokter tu. Rugi betul!!! Dah la dokter pakar tu. 
So, diorang decide untuk buat echo (check up untuk degupan jantung) selang 3 bulan dari tarikh echo aritu. Date terbaru untuk check up nanti ialah 5.1.17. Masa tu insyallah bukaan akan tertutup sepenuhnya dengan izin Allah. Itu harapan ibu. Amiiinnn.
Just untuk info kita2 ni, bukaan 2mm adalah sesuatu yang tak membimbangkan. Dia boleh jadi satu kerisauan bila genap sebulan bukaan tu semakin besar. Mintalah dijauhkan, kan? 
Harap2 adik baby akan terus sembuh ye. Tolong doakan ye, kawan2. 
Sekian coretan ibu.

2 comments:

  1. semoga adik baby cpt sembuh..ibu byk2 berdoa ya..semoga tak de ape2 yg membimbangkan..Aamiin!

    ReplyDelete