Saturday, September 10, 2016

Ubat Sembelit Untuk Kanak Kanak

Haaaa.... Ni nak citer pasal sembelit. Bukan daku ye. Tapi anakanda si Amirul Wafi. Kelmarin, kitorang buat sambutan besday adik aku si Fatin sekali dengan annivesary Abang aku dan kakak ipo aku yang ke 14 tahun. Sekali jugak surprise party untuk adik ipo aku Si Ailin. Kiranya ada tiga majlis sekaligus kitorang raikan malam tu.
So, sebelum majlis berlangsung tu, aku dengan Wafi dah siap2 makan nasi lauk sup ayam si adik aku, Hajar a.k.a Mak Uda Wafi masak. Banyaklah jugak kitorang ni makan. Wafi pulak semalamnya tu makan nasi lauk kicap jek. Sedap gaknye, makan banyak jugak hari sebelum tu. So, masa majlis tu, Wafi asyiklah bermain dengan sepupu2nye. Sebab dia dah makan, jadi dia tak heran dengan makanan2 yang ada atas meja tu. Tapi dia adalah makan kuih puteri ayu yang sedap tu sikit. Buat rasa2 sambil main henpon.
Lebih kurang pukul 12 tengah malam tu, semua orang masih ada kat umah lagi. Meriah gitu kan... Wafi dengan sepupu2 dia masih lagi seronok bermain2. Dalam pukul 1pagi tu aku dah ajak Wafi tido. Wafi pon datang kat aku sambil selak baju, tepuk2 perut dia. Aku pun tengok perut dia, buncit semacam jek ni. Sakit perut agaknya. Jadi aku sapukan minyak telon kat perut dia. Wafi ni ada satu je minyak telon yang serasi dengan dia. Iaitu minyak telon Cap Potret Nyonya Menir. Bau pon sedap. 
Gambar diambil Dari Google
Ahhaaa. Ni lah rupa minyak telon tu. Aku pun suka bau dia. So, bila aku dah siap sapu tu, aku ajak masuk bilik. Tapi dia tak mau. Dia nak main2 dulu. So, aku minta tolong Fatin tengokkan dia kejap sementara aku nak solat Isya'. Tak senonoh solat Isya' lelambat. Huhuhuhu. Dalam lebih kurang pukul 2pagi barulah ada ura2 Wafi nak tido. 
Aku pun susukan dia dalam bilik dengan lampu terbukak sebab aku rasa Wafi akan tido lambat malam tu. Sebabnya? Dia tak kentut2 lagi lepas aku sapu minyak telon tadi. Lepas tu belum ada tanda2 nak keluar najis dia lagi.
Dapat je dia tido sekejap, lebih kurang pukul 2.30pagi, dia bangun. Peluk aku kuat2. Aku rasa tangan dia dah sejuk dah. Aku dah agak dah. Ni mesti nak poo poo  ni. Tapi teran punya teran, tak nak pulak bendanya keluar. Kesiannya aku tengok Wafi masa tu. Menangis2 lebih sejam gitu. Puas aku sapu minyak telon tak nak jugak keluar angin.
Tetibe si Hajar masuk dalam bilik sebab dia dengar Wafi nangis. Dia pon tolong pujuk Wafi sama. Tapi, tak jalan. Dia cakap kat aku suruh prepare air Grip Water kalau2 Wafi kembung. Aku pun tak terfikir selama arini pasal Grip Water ni. Ianya seswai dengan budak2 yang selalu kena kembung. Pastu dia ada tanya aku kot2 Wafi ada angin pasang. Aku cakap takde. Nau'zubillah. Janganlah kena Wafi. Sakit tu!!! Huhuhuhu.
Lepas tu Hajar cakap kat aku, dia nak tengok pampers Wafi. Sekali dia cek, dalam tu cuma ada seketul kecik je poo poo dia. Then, baru aku teringat yang aku ada beli ubat sembelit dari farmasi. Aku tak tau apa nama dia. Kalau korang nak beli, bagitau jek la kat farmasi. Diorang tau. Paras rupa ubat tu adalah macam kat bawah ni haaa.
Sumber gambar dari Mr. Google juga
So, itulah ubatnya. Harga dia murah giler. RM 1. Dapat dua. Aku pun cakap kat Hajar. Aku pegang Wafi, dia masukkan ubat tu dalam lubang muntut Wafi. Dia keseraman jugak tapi aku insist sebab kesian sangat kat Wafi. Cara2 dia, aku suruh dia bukak penutup ubat tu. Kaler dia merah oren macam tu. Lepas tu, hujung ubat tu letak minyak Johnson's Baby. Pastu masukkan dalam lubang muntut Wafi. Hajar bagitau aku, dia nak tuang terus minyak Johnson tu kat muntut Wafi sampai ke lubang tersebut. Kendian baru dia masukkan hujung ubat tu dan picit sampai abes air dalam tu. Aku setuju jek. Asalkan Wafi boleh poo poo.
Selesai jek projek perubatan tersebut, aku pujuk Wafi sambil dukung dia. Tak sampai 5 minit. aku dapat rasa poo poo Wafi keluar dengan banyaknya. Waaahhhh!!! Menjadi betul ubat tu! Kenapalah aku tak guna jek dari tadi! 
Bila abes je keluar poo poo dia, aku tengok Wafi menggigil menahan sakit. Menangis2 peluk aku. Aku peluk dia semula sambil pujuk2 dia. Kesiannya anakandaku. Aku cium2 dia. Hajar pun tanya kat aku, cukup ke air ubat sembelit yang dia picit masuk dalam lubang muntut Wafi? Aku kata cukup lah tu. Budak2 je ni. Yang balance2 ni buang jekla. Dia pon check it out semula pampers Wafi. Ok, katanya. Najis keluar dengan sangat banyak, katanya lagi. Aku angguk2 jek sebab aku dukung Wafi. Jadi, aku dapat rasa kemunculan poopoo tu dalam pampers Wafi. Hehehe.
Jadi, selesailah sudah tangisan Wafi malam tu. Terus dia tidur dengan lenanya sampai ke pagi. Dengan aku2 sekali tidur lena. Alhamdulillah dia ok jek. Pagi tu pon okey perut dia tak meragam. Syukur alhamdulillah dia dah okey. Cuma, siang tu ada dia poo poo  sikit. Selera makan dia abes ke laut. Makan sikit jek dia. Sian dia. 
Harap2 selera makan dia datang semula hendaknya. Sian anakanda ku sayang. Ibu sayang Wafi tau. Sayang baby jugak. Love you all much2 more!!!!

No comments:

Post a Comment