Wednesday, September 28, 2016

Makanan Anak Umur Setahun Ke Atas

Gambar di atas di ambil ketika berjalan2 di BP Mall. Bukan main lebar lagi senyuman anakanda Wafi ku sayang tu kan... 

Masa ni kitorang saje bawak dia berjalan setelah sekian lama dia terperuk dekat rumah. Kalau tak silap, ni dia baru baik demam. Tapi, bukan demam yang teruk la.

Di sebabkan umur Wafi dah pon setahun lebih. Makanya, aku suka bagi beliau ni makanan serupa orang dewasa. Cuma, kalau aku mintak Milo kat kedai makan, aku tambah dengan air masak. Wafi ni suka minum air suam2 gitu. Macam orang tua2 je. Hihihihi.

Antara makanan2 yang aku dah start bagi kat dia tentu2lah nasi, bubur, nestum cerelac (tapi dah kurang bagi, sebab macam tak kenyang je dia makan nestum), biskut Farkley's, biskut Marrie, Nutripuff, ikan (hati2 dengan tulangnya), ayam (hati2 jugak dengan serpihan tulang), roti cicah Milo, makaroni & cheese malahan banyak lagi.

Sayuran yang aku dah start bagi pulak ialah, lobak, brokoli, kentang, bunga kobis. Tapi, setakat ni Wafi cuma suka lobak dan kentang. Kalau dia demam, makanan yang dia suka memang bubur atau nasi campur sup ayam dan lobak paling lembut dalam dunia. 

Antara bauh2an yang aku bagi Wafi makan ialah, betik, pisang,  buah lai (yang dah lembut isinya), tembikai (sangat sekali sekala), durian (hanya musim dia je) ngan oren. Dia paling suka buah oren dan betik. Kalau makan dengan dia, dia nak makan semuanya. Kita yang tengok pulak rasa kenyang tengok dia makan.

Minuman pulak, susu coklat, air sunquick (buat cair), Milo (cair), Milo kotak, air sarang burung, Vitagen dan macam2 lagi.

Bila aku google semula, ada jugak barang makanan yang sepatutnya Wafi takleh makan/minum, tapi aku bagi jugak. Contoh, vitagen. Dikatakan tak seswai sebab ada pewarna tiruan yang kuat. Tapi kalau bagi seminggu sekali masih okey. Lepas tu, ada jugaklah, diorang ni bagi dia biskut chipsmore, kadang2 coklat, biskut coklat, biskut krim. Huhuhu. Aku pulak belikan biskut bear yang inti stoberi n coklat. Kadang2 bagi minuman berkarbonat jugak sebab dia nak sangat. Aku bagi, tapi aku tambah air masak banyak2 kat air karbonat tu bagi dia rasa tawar sikit. Huhuhu. Itu sepatutnya memang sangat tak boleh. Kiranya, benda yang manis ni patutnya memang HARAM dimakan masa ni. Yelah, macam2 boleh jadi. Aku risau kalau dia muda2 ada diabetes. Allahu... Mintak la dijauhkan. Tapi, aku pon kenalah buat langkah penjagaan dengan lebih cekap lagi. Penah bagi dia minum air pegaga. Dia boleh minum sampai abes satu gelas. Pelik betul budak tu. Masalahnya, air pegaga ni tak tau lah budak2 boleh minum ke tak. Hahahaha. Aduhai.... Wafi, Wafi.

Wafi ni pulak jenis tak tolak makanan. Semua dia nak sumbat. Kacang kuda tu pon dia nak makan jugak. Haduhaiiiii.... Aku selalu minta diorang ni makan sorok2 sebab nanti dia mintak. Macam tadi, dia mintak pak sedaranya lolipop!!!! Jengggg!!!! Boleh pulak di bagi!! Stress nau aku dibuatnya. 

Jadi, untuk itu, aku kena lah berus gigi dia dua kali sehari. Kadang2 pakai ubat gigi, kadang2 tak pakai sebab budak2 umur gitu tak sepatutnya amik ubat gigi banyak2. Itu daku terbaca dalam artikel yang aku pun tak ingat sape tah yang tulis. 

Namun, apa yang penting tu, aku nak dia sihat dan gembira. Kalau sakit, aku susah hati sangat sebab masa tu tak nak makan, tak nak minum. Sedihhhh!! Cuma, lepas ni kena kurangkan pengambilan benda2 jajan2, biskut2 yang tak bermoral (hahaha), pendek kata benda yang kita tahu tak berfaedah untuk dia.

Ingat nak bagi Scott's Emulsion macam kitorang makan masa kecik2 dulu. Nak2 yang kaler putih tu. Kikikiki. Tapi, takut beli2 kang Wafi tak mau makan. Caner????

So, begitulah coretan untuk kali ni pulak. Harap2 mommies kat luar sana lebih bijak bagi makan kat anak2 dari aku. Huhuhuhu. Aku pon akan memperbaiki dari masa ke semasa pemakanan anakanda ku sayang itu. 

Sekian, love you from the bottom of my heart. Mmmmuuuahhhhhh!!!




No comments:

Post a Comment