Friday, September 2, 2016

Hospital Kerajaan VS Swasta

Haaaaa..... Tengok tajuk dan persoalan pon dah tau apa yang nak ditulisnya kan? Betu tak? Terdahulu aku memang ada citer pasal ni kat entri yang ni sebelum ni. Masa tu lebih kurang aku buat perbandingan antara dua sepital ni.

Tapi!!!! Baru2 ni, nak dijadikan citer. Semua2 yang mengandung citer pasal sepital kerajaan yang aku ingat akunak bersalin ni lah. Rata2 respon diorang ni negatif kat sepital ni. Jadi, aku semakin seram pulak nak teruskan niat di hati. Memang masa dalam wad kanak2 aku dan Wafi dilayan dengan baik. Permasalahannya ialah, tentu2lah orang yang bertugas kat bersalin tu nanti orang yang lain dengan orang yang layan aku sebelum2 ni. Betul tak?

Tapi, bila aku google, ramai je kata Hospital Batu Pahat tu ok. Tapi sedara rapat aku semua kata tak okey. Siap bagitau kat aku, kalau bukan keje gomen, tak yah lah nak bersalin hospital kerajaan sebab layanan diorang sangat teruk. Lagilah kalau takde GL. Yela, aku selalu dengar jugak pasal GL ni. Memang semua makhluk yang keje gomen ni akan ada GL. Tapi, diorang tengok pulak ko ni duduk kelas berapa. Kalau kelas satu, layanan macam hospital swasta. Kalau kelas dua, hospital kerajaan yang nurse dia semua baik budi pekerti. Kelas ketiga, macam kau duduk kat dalam wad tu dengan warga asing. Layanan memang macam hampeh. Itu kata doranglah!!! Aku tak tau sebab aku takde pengalaman. Jadi, atas pengalaman diorang ni, iman aku terjejas agak banyak untuk bersalin kat sepital kerajaan.

Acaner nak buat???? Kalau korang, korang pening tak? Hahaha. Aku pening jugak sebab hospital swasta kat sini dokter dia lelaki melayu. Kalau tak pon, perempuan cina. Bukan islam. Ish3. Aku rasa macam nak balik Puchong bersalin kat Colombia Asia. Adudududu. Pening kepala!

Kalau ikut Mr. A, dia suruh beranak kat gomen jek. Duit tu boleh jimat dan dia akan bagi cash kat aku untuk belanja saja2. Kalau tak nak takpe jugak sebab memang dia bagi duit belanja kat aku kan selama arini walaupun kengkadang terseliuh patah kaki akibat tak bergaji tu kan... Hermmm..... Aku masih terfikir2 lagi. Dia boleh cakap tapi dia tak lalui benda2 ni. Tapi, dia pon tak nak tengok bini dia ni sakit. Abes tu? Acaner?

Pening?? Tak pening kalau banyak pilihan. Tak pening kalau ada uwang. Tak pening kalau duduk Puchong. Hahahaha.

Itu sajelah yang hati ini nak nukilkan pada malam yang orang tengah tido ni. Bila ada keputusan barulah daku leh update. Sekarang masih pening. Masih pening.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment