Friday, September 9, 2016

Edit Blog


Yes!!!! Kita dah buat perubahan kat blog kita. Suka sangat sebab akhirnya dapat kemaskini blog dengan wajah baru. Plus cantik pulak tu. Ahaks!!! Sangatlah like dengan hasil yang dah di berikan oleh hamba Allah tersebut. Lepas tu siap dia promote pulak blog kita. Adesss!!!! Malu kita. 

Sebenarnya, dari hari tu nak update blog, tapi masa sangat tak mengizinkan. Nak jugak bagitau kat orang, blogger yang dah mekap aku punye blog bagi cumell nih! Mesti sape2 yang tengah cari pengedit blog nak tau sape la gamaknya bloger yang daku maksudkan tuh. Blogger dia bernama Rrai. Blog yang daku maksudkan ialah bajuwarnacoklat. Walaupun dia agak bz, dia bagi free pulak kat kita cursor yang ada nama kita ni. Mestila nampak kan cursor tu menari2 depan pc or laptop iols ni. Hehehehe. Dahla dapat free, dia promote pulak blog kita. Rrai, baiknya awak. Maceh tau... Siap puji2 kita lagi. Kita malu tawww!!! Hahahaha.

Anyway, sebenar2nya nak ucap terima kasih dekat Rrai jugak sebab walaupun bz masih sudi amik oder dengan akak. Padahal blog ni tade follower pun. Yelah, blog ni just nak share apa yang kita tahu sedikit sebanyak pasal kehidupan ibu2 peknan. Kengkadang tu adalah selit luahan perasaan. Tu pun sekali sekala jek. 

Mula2 ingatkan Rrai ni garang orangnya. Yelah, kita call dia pukul 3 pagi kan? Haruslah kena marah gitu. Kikikiki. Tapi, lepas mintak maaf dan bagitau sebab2 tercall malam tu, terus Rrai ok. Nampak tak the power of the word MAAF. Tak susah nak cakap. Tapi susah nak sebut kalau ego tinggi. So, Rrai dengan senang hati jugak mohon maaf sebab marah kita yang tercall dia tu. Hehehe. Sebenarnya, kita memang tak sengaja call dia. Nak save nombor. Boleh pulak la henpon ni hang. Terus call Rrai pagi2 kala tu. Sian Rrai. Terganggu tidurnya. 

So, setat dari situ cakap dekat Rrai nak rupakan blog ni jadi acaner. Rrai pon try buat sehabis baik dan... waallllaahhhh!!! Ini dia hasilnya. Pada aku yang baru start berblogging tahun lepas (ketinggalan zaman sebab tak jumpa orang yang boleh buat blog bagi lawa!! Sian aku. Hukhukhuk.), simple macam ni better. Lagipun aku suka yang simple tapi cute. Macam Wafi la. Dia simple tapi cute. Okey, perasan jap ibu dia nih!! Kuikuikui. 

Pastu harga pon sangat affordable. RM20 je kot. So, tu yang sangat tertarik menarik kau memang de boommm tu. Pastu dah bagitau jugak dekat Rrai yang kita lepas ni akan tukar2 rupa blog ni. Basically sama je isi dia. Cuma nak tukar2 rupa sikit. Supaya tak boring. Rrai kata boleh je. Tapi tetap kena bayar. Eh... Mestila kena bayar, kan? Hasil idea orang tu... Mana ada free. Takkan buat sekali awak nak free seumur hidup, wakkk!!! Agak2 ler.... Mentang2 le Rrai baik cam tu nak amik kesempatan plak. Ish3.

Okey2. Dah lebih2 ni. So, ini lah citer untuk hari ni. Kepada Rrai, akak sangat berterima kasih.. Thanks sangat, Rrai. Jasamu akan kukenang. Semoga maju jaya ye, Rrai. Sekian saja. 

Wassalam.



No comments:

Post a Comment