Wednesday, April 15, 2015

Ceritera Bersalin di Minggu Ke 39 - Part 1



Sayang Ibu....
Hari ni kira sebulan ibu tak hupdate blog ibu. Maknanya apa??? Maknanya ibu dah pon bersalin.... Alhamdulillah.... Masih panjang umur ibu nak tengok anak ibu keluar dan bernafas di bumi Tuhan yang banyak cabarannya ni.
9 bulan dengar macam lama je. Sebenarnya sekejap aje rupe2nye. Tup2 dah 39 minggu masa ibu nak bersalinkan sayang ibu. Hahaha.
Ibu masih teringat2 lagi masa mula2 nak bersalin tu. Malam sebelum bersalin tu, ibu sempat lagi pergi ofis ayah baby kat Putrajaya memberi sokongan dengan kerja2 yang ayah baby tengah buat sekarang. Tepat pukul 12 tengah malam kitorang boleh g lepak pulak dekat kedai mamak Ayer 8 tuh. Aduhaiiiii.... Tak tau yang esok pagi dah start rasa nak bersalin. Huhuhuhu.
So, nak dijadikan cerita, pada 10.3.2015, ibu dah start sakit perot. Ibu ingat lagi masa tu pukul 10.30 pagi tepat, ibu sakit perut. Ibu ingat sakit perut nak buang air besar sebab pernah jadi sebelum tu. Jadi ibu baring2 atas katil. ingatkan takde apa2.
Pukul 11.30 pagi, sakit tu datang lagi. Ibu malas nak layan sakit tu, ibu sambung tido semula. Pukul 12.30 sakit tu datang lagi. Ibu pon bangun dari tidur. Apake tidaknye.... Tak ke pelik sakit dari tadi tapi tak pulak rasa nak kluar bahan buangan dalam perut tu? Tapi ibu just baring2 atas katil sambil layan fb. Langsung tak terfikir this is the day!!!!
Pukul 1.30 sakit perut tu datang lagi. Kali ni ibu betul2 bangun dari pembaringan. SMS kat ayah baby bagitau yang ibu sakit perot. Dah ok sikit baru nak kol. Terus ibu masuk bilik air dan mandi. Tak lama tu ayah baby kol ibu. 
"Sakit perut tu rasa macam mana?" tanyanya.
"Sakit perut macam nak buang air beso..." kata ibu kat dia.
"Itu macam tanda2 dah tu...."
"Tanda2 apa?"
"Bersalin laaa...." Ibu ketawa je. Pastu ibu bagitau dia.
"Takdelah, rasanya bukan kot. Tapi sakit perut tu, memang sangat2 sakit. Tak tergambar dengan kata2." Ibu kata cam tu.
"Takpelah kalau macam tu. Nanti apa2 Ayang kol kite ek..." katanya.
"Ok,. Hari ni jangan pegi jauh2 tau. Kalau dah rasa sakit sangat, kita kol. Takpe ke kalau balik awal hari ni?"
"Takpe je. Semua orang dah tau ayang tengah tunggu masa..." katanya. Legalah rasa hati ni sekejap.
 
Tetibe dalam pukul 2.30 petang tu rasa lapar pulak perut ni. Makan la apa yang ada dulu. Ingatkan nak masak la sekejap. Tapi, berdiri lama pon dah tak boleh, ada cita2 lagi nak masak.....?!! Memang tak la jawab dia. Lalu, McD la jadik mangsanya untuk hantar makanan.
Pukul 3.30, McD sampai dengan jayanya. Tapi, ada satu lagi masalah. Ibu tak lalu makan. Sakit perut tu datang pulak selang setengah jam. Adesssss. Ibu dah takleh tahan. Rasa cam nak lompat dari apartment tu pergi terus ke Colombia Asia yang tak sampai 5 mnit perjalanan tu. Ibu capai hp and kol incik asben mintak dia balik sekarang. Rupe2nye, dia berada sekitar Puchong. Dapat kol dari kite baru la dia balik. Adoyai.... Gitu pon boleh ye...?
Tak sampai setengah jam. Ayah baby pon sampai. Ibu masih lagi menahan sakit perut dari tadi. Makan McD cuma burger Samurai ngan blueberry pie dia je. French fries, air coke dah tak dan nak makan. Gara2 sakit perut yang takde taranya dekat mukabumi nih!
Pukul 4.30 petang ibu mulalah gugel pasal tanda2 orang nak bersalin. Yang ni satu lagi masalah. Lain orang lain pulak tandanya. Aduyai!! Nak tanya sape nih?! Dah la 1st time nih!! Acaner nih??? Ibu pon masuk bilik. Rasa panas tak tentu hala. Bila sakit perut tu datang je ibu bawak berjalan. Asben kata tak yah la berjalan. Nanti makin sakit. Tapi, daku berkeras jugak nak bergerak ke sana sini. Kite siap kire lagi berapa step kita buat dalam umah kite yang kecik tu!!!  Kih3. 
Pukul 5.30 ptg tu, ibu masuk bilik dek kerana tak menahan sakit perut yang tak pernah dirasai seumur hidup ini. Kunun2 nak tido. Bajet bole tido la kunun dengan sakit peut yang sangat2 kuat tu... hehehe. Kali ni selang 15 minit sakit perut tu datang balik. Adesssss!!! Sekejap2 ibu terbangun dari tidur. Bila sakit tu datang, ibu genggam tangan ayah baby kuat2. Ayah baby pegang balik tangan ibu dengan penuh kasih sayang. Sekarang dia bajet nak romentik2 laaaa....! Kih3. 
Pukul 6.30 petang, ibu terjaga dari tido yang lena. Alamak!!!! Sakitnya tu di sini kok makin kerap!!! Ya amponnnnn!!! Sakit banget nih!!!! Ibu terus duduk kat tepi katil. Sambil tu ibu baca doa Nabi Yunus terperangkap dalam ikan paus tu. Ibu memang baca doa tu sejak sakit tadi. Sambil2 tu usap2 sikit perut supaya baby senang keluar. Tetibe ada rasa benda suam2 keluar dari tut. Apa benda lak ni ye? Ibu pon menelek la bendalir yang keluar tu.
"Okkkowwww.... Darah...." Jeng jeng jeng!!! Saspen ganda 10 juta ibu dibuatnya!!! Dah nak bersalin ke daku nih??? 
"Jomlah ayang. Kita bersiap. Ayang dah nak bersalin rasanya nih...." Kata ayah baby bila dia tengok darah yang keluar tu.
Ibu pun terus bersiap dalam masa 5 minit. Huhuhu. Pantas bukan??? Ayah baby pon tak siap lagi. Ibu dah ready dah dengan kurma ngan air zamzam kat tangan. Sepantas kilat jugak ibu capai handbag yang dah ada segala macam harta karun untuk bersalin nanti.
"Ayang dah nak bersalin. ayang dah nak bersalin..." Ayah baby sempat lagi menyanyi kecil macam tu kat ibu ye. Ibu senyum je. Dah tak larat nak berleter maknanya. Hihihihi.
Turun tangga dengan seslow yang mungkin sebab sakit perut tu semakin kerap. Dah sampai anak tangga terakhir boleh pulak sakit perut datang. Ibu pon dudukla sekejap kat tangga apartment tu. Naseb baek la keadaan apartment tu memang bersih. Jadi ibu pon konpiden je duduk kat tangga tu tanpa segan silu. 
Oleh kerana dah penat menaip ni, ibu sambung la part 2 ye. Haiiiiii!!! Kemain lagi ada part 2. Keh2 Gigih beno ibu kan, baby?? Kih3.
Okla. kita sambung nanti. Sayang baby ibu. More and more and more and more.