Friday, June 12, 2015

Ceritera Bersalin di Minggu Ke 39 - Part 2



So, ibu sambung jek la citer ibu.
Tak sampai 5 minit ibu dah sampai Colombia Asia. Almaklumla, umah dekat je. Parking pon senang dapat. So, kitorang terus parking and terus la pegi cek in.
Sampai kat kaunter, diorang suh amik nombor. Daku dah kepelikan sebab nurse ari tu ada kata suh pergi kat kaunter dan diorang akan terus masukkan dalam wad. Ni kena amik nombor pulak. Ok lah. Mula2 amik la nombor tu. Tapinye, diorang boleh buat dek je walaupun ramai patient yang menunggu. Pelik nau Colombia Asia nih. Teruk nau sistem kaunter diorang!!! Dua tiga kali tanya ngan budak kat kaunter tu. Dia suruh tunggu jugak. Tunggulah kitorang ni dengan sopan santun lagi. Masih leh sabar walaupun perut ni dah bergelodak macam nak terkeluar segala isi perut. Dekat setengah jam tunggu, incik asben punya darah sudah naik kepala juga.... Dia dah start nak mengamuk kat depan kaunter. Yang daku ni suruh sabo lagi. Sebab masih boleh tahan lagi. Tetiba ada satu nurse datang bawak wheelchair. Dia tengah cari patient jugak tu. Dan dengan izinNya dia terpandang ke kitorang.
"Eh, puan buat apa kat sini?" Aku kerutkan dahi.
"Tengah tunggu nombor la...."
"Bukan.... Maksud saya puan dah berapa minggu? Sudah masanyakah?"
"Saya dah 39 minggu. Tapi tak taulah dah masanye ke belum..."
"Ohhhh....   Teda siapa yang entertainkah?" Aku geleng kepala.
"Dah setengah jam dah tunggu. Asek suruh ambik nombor je dari tadi. Ni dah tiga kali ambik nombor. Tak bergerak pon nombor dari tadi." Ayah baby dah start dah nak membebel. Ibu senyum je.
"Oh, ya ka. Nda apa2. Puan tunggu di sini saya akan ambl satu lgi wheelchair. Encik boleh daftar terus di kaunter. Marah sikit pon nda apa2...." katanya sambi tersenyum jugak. Aku kira nurse ni orang Sabah dari gaya percakapannya tu. Lepas tu, dia pegi bawak patient lain masuk dalam wad.
Tak sampai 10 minit, dia datang bawak wheelchair macam yang dia janjikan tadi.
"Mari puan. Saya bawa puan ke labour room. Encik boleh teman isteri sampai labour room ya. Nanti selepas tahu bilik yang mana, encik boleh check in ya...?" Kitorang angguk. Nurse tu pun dengan secepat kilat bawak ibu ke labour room kat tingkat atas. Sampai kat labour room, diorang suh ibu tukar baju. So, ibu pon tukar baju. Ayah baby turun semula setelkan ibu punye check in untuk hari tu.
Datang sorang lagi kakak nurse. Dia senyum dekat ibu sambil ajak ibu bersembang.
"Sekejap ye, puan. Saya nak cek bukaan. Puan tarik nafas ye...." katanya. Ibu pun tarik nafas sambil dia menyeluk ibu.
"Eh, dah 5cm dah ni..." katanya. Dia terus pakaikan tali pinggang ke badan ibu. Satu untuk tengok contraction, satu lagi degupan jantung baby. Jadi, bilik tu penuh dengan bunyi jantung baby. Comel sangat.... Hehehe.
"Rasanya boleh bersalin dah malam ni." katanya lagi.
"Agak2 pukul berapa ek, nurse?"
"Pukul 10 ke 11 macam tu, insyaallah puan bersalin. Satu cm bukaan sama dengan satu jam." Ibu angguk2 je dengar dia cakap.
"Oooo.... Ok..."
"Dari pukul berapa rasa sakitnya, puan?" tanya nurse tu.
"Pagi tadi, pukul 10 pagi."
"Oooo.... Kenapa tak terus ke sini?" 
"Ingatkan sakit biasa je...." Kata ibu sambil tersengih sengih kat nurse tu.
"Kalau sakitnya sekata tu, puan dah boleh datang sini terus. Surat admission tu terus bagi dekat kaunter. Senang tak nak check in tadi?"
"Tapi tadi, budak tu suruh amik nombor je....?"
"Oooo... Yeke.... Takpela... Ni suami puan dah setelkan kat bawah. Puan ada bawak apa2 tak untuk makan?"
"Ada, bawak kurma dengan air zamzam."
"Haaaa.... Bagus tu... Banyakkan baca selawat. Insyaallah takde apa2. Doa banyak2 semoga dipermudahkan.." Kata nurse tu. Ibu cuma angguk2 kepala je la.
Pukul 6.30 petang ibu siap check in dan duduk sepital. Ayah dengan ibu berbual kejap sambil ibu sakit perut selang 5 minit. Pukul 8.30, ayah baby nak keluar makan. Ibu tak bagi sebab takut ibu terberanak. Kihkihkih. Jadi ayah baby tunggu dengan penuh kesabaran dalam bilik tu. Sambil2 tunggu tu, dia call nenek2 baby dan atok baby.
Lebih kurang pukul 10.00 malam Doktor Raja Juhaida (dokter yang merawat ibu selama ari ni) datang selepas nurse kat situ call dia. Dia datang kat ibu sambil bersembang sembang. Ekceli, esok 11.3.2015 tu patut ibu datang sepital untuk cek minggu ke-39. Tapi tercepat dek kerana baby nak keluar hari ni jugakkkk. Macam nurse yang 1st tadi, dia datang dan seluk ibu untuk tengok jalan. Katanya dah 8cm. Terus dia pecahkan ketuban guna satu benda yang ibu pon tak pasti caner nak describe. Tengok tu macam dibuat dari plastik je. Aduyaiiii.... Berdebor sungguh rasanya nak lahirkan baby. 
Tunggu punya tunggu ibu belum rasa nak terberanak lagi. Pukul 10.30 malam dokter masukkan air dalam badan ibu. Sakit nak bersalin terus datang serta merta. Ibu terus tekan bell kat tepi katil untuk panggil nurse dan dokter.
Push punya push. Baby tak mau keluar. Lama jugak ibu push. Baby tetap tak mau keluar. Sampai nurse tu bagi gas supaya ibu tidur sekejap. Tetibe je, ibu rasa nak meneran. Ibu terus meneran. Tapi baby tetap tak nak keluar. Tetibe diorang bukak katil tu. Rupe2nye katil tu leh split jadi dua. Terus sediakan barang2 persediaan untuk bersalin. 
Sempat pulak ibu tanya, "Nak buat apa ni ye?"
"Buat persediaan, puan. Puan dah nak bersalin dah ni...."
Ibu nak tergelak pun hado. Nak termalu pon hado. Tapi lantakla. Soklan tu tetibe terlintas je dalam kepala otak ibu masa tu. Hahahaha.
Dokter datang serta merta. Nurse pun bagitau kat dokter yang ibu teran tapi takleh keluar jugak babynye. Last2, dokter kata nak guna vakum. Ibu angguk je sebab dah tak larat dah nak teran. Dahla takde tenaga. Makan McD je tadi dengan kurma 3 bijik. Caner nak meneran pun ibu dah tak tau dah. 
"Ok, mummy. you teran and dokter akan tolong you. Jangan bimbang, okey." Kata Dokter tu. Ibu angguk jek. Berpeluh2 memang tak terkira dah banyaknya. Rasa macam boleh banjir Colombia Asia tu. Huhuhuhu.
"Okey, push!!!!" kata Dokter. Ibu push, dokter pon dengan kepakaran yang ada tarik baby keluar dan akhirnya keluarlah manusia kecik dari perut ibu nih!!! Alhamdulillah.
"Okey, mummy. Ini baby you. Letak atas dada, okey." Ibu amik baby dari dokter lepas nurse kat situ hulurkan baby.
"Okey, baby lahir tepat pukul 11.10 malam ye." Ibu senyum masa dokter cakap macam tu. Itu tarikh ibu lahir ke dunia. Ibu sambut baby sambil cium sayang ibu. 
Ibu tengok baby betul2. Putih, kurus, kecik, comel, bibir merah, rambut tebal. Aduhaiii.... Comel sangat anak ibu. 
"Assalamualaikum....." Ibu bisik perlahan je kat telinga baby. Baby mula2 diam. Bila dokter start jahit ibu, baru baby nangis. Kuat suaranya. Tak padan dengan badan comel dia!!! 
"Dokter jahit ni, ada rasa sakit tak?" Tanya dokter sambil ibu pujuk baby supaya tak menangis.
"Tak...." Kata ibu dengan relaxnye. Rupe2nye, sebelum dokter jahit tu, salah sorang nurse dah g injek ubat kat peha ibu. Ibu perasan dia injek, tapi tak tau apa fungsinya injection tu. Dokter tanya tadi baru tau. Banyaklah benda yang dokter tu buat. Tarik tali pusat la, jahit la, keluarkan uri la. Semua berjalan dengan pantas.
Lepas jahit, dokter pass baby kat ayah untuk diazankan. Selesai semua, baby dimandikan. Ibu dibenarkan relax sebab ibu ada darah tinggi. Jadi diorang suggest ibu untuk berehat dulu sebelum susukan baby. Takut pengsan. Ibu hampir2 tumpah darah sebab banyak sangat darah keluar. Tapi, syukur pada Allah Yang Kuasa. Ibu sihat, takde apa2. 
Terima kasih pada dokter dan nurse yang sambut baby. 
Alhamdulillah.... Kelahiran anak ibu membawa seribu satu rahmat dan rezeki yang tak ternilai dengan kata2. 
Thank you Allah for blessing me, much more than I deserve.
Love you more, more and more.

No comments:

Post a Comment