Wednesday, February 11, 2015

Barang Baby Untuk Ke Hospital



Baby.... 
Semalam ibu dah beli beg untuk baby. Beli kat Tesco je. Jenama Fiffy. Sorry baby sebab ibu beli jenama murah. Ayah kata, buat sementara je. Nanti ibu beli beg lain la kot sebab beg tu cuma boleh isi baju je. Nanti kalau nak travel baru kita cari beg lain, k? Hihihihi. 
Oleh sebab masuk minggu ni, usia baby dalam perut ibu ialah 35 minggu. Genap hari Khamis nanti. Ibu pulak kerisauan selagi tak packing barang baby. Jadi, siang tadi, ibu dah siap2kan semua barang baby. Tinggal barang ibu je yang ibu nak sediakan. Tapi, ibu belum siapkan lagi barang ibu. Hehehe.
Barang2 baby :
1. baju lengan panjang & seluar (1 pcs)
2. baju lengan pendek & seluar (2 pcs)
3. bedung (2 pcs)
4. pampers newborn (5pcs)
5. mitten n booties (3 pcs)
6. selimut (1 pcs)
7. tuala (2 pcs)
8. tuala kecik (2 pcs)
9. topi (1 pcs)
Ibu rasa itu je la ibu nak bawak. Ibu dah siasat2 jugak kalau kena bawak barang mandian untuk mandi. Tapi, sebab ibu nak bersalinkan baby dekat Colombia Asia, jadik, ibu tak bawak la barang mandian tu. Hehehe. Aci tak??? 
Sebenarnya puas jugak ibu cari kalau2 ada orang inform untuk barang2 yang kena bawak masa bersalin kat sepital swasta, tapi ibu tak jumpa. Ada satu je blog ni. Dia bersalin kat swasta n kerajaan. So, ibu jadikan blog ni sebagai sedikit sebanyak panduan ibu untuk kemaskan barang2 baby. Ada lah banyak lagi blog2 lain, cuma ibu amik yang ni sebab rasa macam detail ckit. Hehehe.
Rasanye tu je keterujaan ibu untuk hari ni. Tak sabar nak scan baby lepas raya cina nanti. Mak long baby dah tanya2 kat ibu, raya cina karang, ibu balik x...? Ibu pon x tau nak jawab. Ibu macam nak balik, tapi masa tu dah 36 minggu. Maknanya dah betul2 9 bulan la kan? Huhuhu. Risau kalau jadi apa2 nanti pulak. 
Nanti kita fikir2kan balik la ye, baby? Jom kita tido sayang. 
Love you much mcuh much,

No comments:

Post a Comment