Sunday, November 6, 2016

Hadiah Untuk Baby

Gambar dari hasil google

https://www.facebook.com/mislinda.golias?fref=ts
Hari ni nak citer pasal hadiah untuk baby 2nd daku yang baru lahir bulan lepas. Kisahnya, baby kedua ni takde apa2 barang baru untuk dia sebab banyak lagi barang2 Wafi yang masih boleh dipakai oleh si adik baby. 
Sehinggalah, satu hari daku ternampak satu pos kat fb aku. Dia pos satu crochet bootie untuk baby kat wall. Aku rasa sangatlah comel booties tu. Tetibe je daku rasa tertarik nak try mintak dia ni buatkan untuk baby aku. So, aku pon save fon nombor dia untuk aku wassap2 dia kemudian.
Mula2 aku tanya dia berapa dia amik untuk sepasang bootie. Harganya RM50. Ermmm... Agak mahal bagi sepasang bootie. Aku rasa macam tu lah. Sebab, bila aku tengok kat baby shop, harga sepasang bootie cuma RM20 ke bawah. Memang murah giler. Jauh beza dengan bootie yang aku nak suh member aku tolong buatkan. Tapi, buatan kat baby shop tu takdelah secantik yang member aku ni buat. Pada mata akulah. Jauh nau bezanya. 
So, aku amik keputusan untuk mintak tolong dia buatkan satu set booties dengan topi jek. Aku tanya dia berapa hengget? Dia kata RM60 termasuk postage. Aku pon tade pikir panjang2 dah. Aku ok kan jek lah sebab hasil kraftangan kan memang mahal. Handmade katanya.
Hasil tangan member daku

Selang beberapa mingu kemudian, dia pos kat aku hasil kerja dia. Warna purple ni hasil kerja tangan dia. Masa aku dapat ni dia bagi free gift iaitu keychain. Keychain dia bentuk bunga. Cute sangat. Takde plak dalam picer.
Yang penting sekali, aku puashati sangat dengan hasil kerja dia. Aku mintak dia buatkan booties macam gambar booties kaler biru tu. Aku minta dia buat sebijik macam tu cuma tukar kaler jadi purple. Topi tu, dia yang tolong carikan dan buat macam dalam gambar. Cantikkan?? Aku suka sangat!!!! 
So, sape2 yang terasa nak tempah hasil kait ni, boleh la tengok fb dia. Nama fb dia Mislinda Golias. Macam2 lagi sebenanya dia boleh buat. Tapi hasil kait dia kebanyakkannya ialah keychain sebab senang katanya. Kalau sape2 nak tempah hasil kait dia, korang google dulu patern macam mana. Nanti bagi contoh kat dia. Insyaallah dia akan buat. Kalau nak tempah pastu nak bagi kat orang hadiah pon okey. Hehehe. Eh, aku promote fb dia ni tak berbayo pon. Malahan, dia tak tau pon. Aku yang saje suka promote sebab aku memang puashati dengan hasil tangan dia. 
Sekian saje coretan untuk kali ni. Wassalam.

No comments:

Post a Comment