Tuesday, November 8, 2016

Demam Kuning Oh! Demam Kuning

Sebagai ibu yang membawa darah O, anak2 ku tak lari dari demam kuning. Bacaan mula2 untuk baby baru adalah  8.5. Tu bacaan masa hari ke-3 aku bawak adik baby ke KKIA Senggarang. Lepas tu, bacaan kuning adik baby semakin naik dan akhrnya cecah 16 dan adik baby kena admit hospital.
Namun, berbeza dengan kali pertama masuk spital masa Wafi aritu. Kali ni, aku lebih redha gitu. Aku dapat rasa yang adik baby ni, agak lambat proses penyembuhan dia. Tak tahulah aku kenapa agaknya. Walaupun dah cuba pelbagai cara untuk turunkan kuning dia, tetap jugak naik. Kalau turun pun sangat perlahan.
Masuk sepital lebih kurang petang macam tu. Pukul 5 petang dah ada dalam wad. Oleh sebab aku takde makan jamu2 ataupun makanan pelik2, adik baby dan2 di bagi kat aku petang tu jugak. Macam biasa, adik baby kena duduk bawah lampu. Kali ni, aku rasa haba lampu tu agak kuat berbanding dengan Wafi aritu. 
Bila hangat macam tu, adik baby akan tidur lena. Bila dia tidur lena, kehendak untuk menyusu dia berkurang. Aku rasa pelik pulak bila dah jadi macam tu. Sebabnya, bila anak kena kuning, salah satu ubatnya ialah susu ibu. Kalau adik baby tidur lena macam tu, acaner nak susukan dia? Aku pun rasa agak bimbang. Jadi, aku pergi tanya dengan nurse yang examine anak ku. 
Ok. Rupa2nya, bila baby diletakkan kat bawah lampu tu, baby lebih suka tidur. Keadaan ni, tak membimbangkan sebab makin lama dia duduk bawah lampu, kuning semakin turun. Kalau nak susukan dia, ibu2 boleh susukan dalam masa 3 hingga 4 jam. Jadi, ibu2 semua bolehlah berehat seketika selepas penat push2 bersalin aritu ye... Hehehe.
Maka, aku pon relax lah sikit. Adik baby pulak, jenis tidur je. Walaupun bising ke, apa ke, dia boleh tidur dengan jayanya which is betul2 mengikut perangai family aku. Hahahaha.
Malam, adik baby kena amik darah lagik. Malam tu, kuning dia naik. Dari 16, jadi 16.7. Adududududuuuu... Risaunya aku. Tapi, aku tabahkan hati biarkan adik baby duduk bawah lampu kuning. Tu semua supaya adik baby cepat sembuh.
Esoknya, adik baby kena amik darah lagi. Dekat tengahari, kuning dia turun ke 11. Alhamdulillah... Syukurlah. Mujur ada Pamoga. Ehhhh.... Kekekeke.
So, petang tu adik baby dah bole discharge. Aku pulak, risau kalau kuning adik baby naik balik. Dan rupa2 nya, betul.
Esoknya bila pergi semula ke KKIA, kuning adik baby naik semula jadi 12. Hermmm... Sedih betul!! Dekat seminggu jugak aku ulang alik KKIA cek kuning. Turun tak banyak. Last sekali, kuning adik 10.7 dan kena pergi jumpa dokter. Masa nurse kata kena jumpa dokter tu, aku dah nak nangis dah. For sure kalau jumpa dokter, kena amik darah yang banyak tu. Katanya itu amik darah yang last. Tapi, bila memikirkan kena amik darah tu, aku kesian dekat adik baby. Dengan keyakinan yang tinggi bahawa adik baby akan sembuh dari kuning dia, aku terus bawak adik baby balik rumah. Tanpa jumpa dengan dokter. Huhuhuhu. 
Nasihat aku, jangan tiru perangai ini ye, ibu2. Anak2 kita lain2. Kang kalau tiru kang, naya je. Nasib aku agak baik sebab seminggu kemudian adik baby okey. Itu pon sebab aku letakkan dia dekat dengan lampu yang adik aku, Haja bagi pinjam. Barulah dia okey sikit. Syukur alhamdulillah. 
Genap 21 hari, adik baby kena timbang oleh nurse2 yang datang umah tu. Berat dia naik jadi 3.6kg. Jadi, kata nurse sebab berat dia naik ok dah la. Kena pergi KKIA semula untuk cek baby dan ibu 15hb nanti. Oklah. Ibu dah senang hati sikit dah ni. 
Harap2 semuanya akan kembali okey. Love all of you more and more!!!

No comments:

Post a Comment