Tuesday, November 22, 2016

Adik Baby Dah Ada Nama!!!

Sebenarnya. takde idea nak tulis apa sejak akhir2 ni. Terasa macam semangat tu menurun pulak. Bukan menurun tok bomoh tu ea... 😛😛
Cuma nak citer pasal adik baby yang sangatlah lama tak terjumpa nama2 yang seswai untuk dia. Dari awal dia lahir daku macam nak namakan dia sebagai Ammar. Tak tau kenapa nama tu melekat kat hati. Tapi, bila diingat ingat, nama tu salah satu nama anak member aku. Bestfrend pulak tu. 
Pastu, acaner ek? Takpe ke? Pikir punya pikir punya pikir. Ok lah. Cari nama lain dulu disamping Mr. A turut cari nama untuk adik baby kali ni. Entah kenapa Mr. A nak cari nama untuk adik baby kali ni. Sebelum ni, dia follow ai je. Skang tetiba plak nak turun padang cari nama sekali. Haishhh!!! Sibuk je. Dah la nanti nama dia ada sekali dengan nama anak2. Cari nama nak ikut yang dia suka pulak. Gahaha. Nampak tak protes tu?? Kakakakaka.
Jadi, masa adik baby kena demam kuning dan masuk spital aritu, si ibu ni pun sibuk la cari nama untuk si adik baby yang tak bernama ni. Dapatlah beberapa nama yang agak menarik masa tu. Senarai tu dah ada dalam buku. So, si ibu pon wassap si Mr. A. Almaklumlah, Mr. A jauh di mata katanaya. 
Esoknya, Mr. A bagi jawapan. Salah satu nama yang ok katanya, Amnan Muhammad. Tapi katanya, tak pelik ke nama Muhammad tu kendian? Aku kata, tak pelik lah. Ok jek. Kalau pelik pon bagus. Sebab orang ingat benda pelik2 ni. Benda biasa mana nak ingat. Kataku. Dia kureng setuju.
Ok, fine. Esok petang tu, dia plak bagi nama. Salah satu nama yang dia suggestkan ialah Ammar Rizqi. Aku pon belek makna. Ok jugak Ammar Rizqi. Hermmm.... Tapi aku suka nama Amnan. So, aku wassap dia semula.
Apa kata bubuh nama ni. Ammar Amnan?
Ammar = Yang memakmurkan, yang kuat iman, penerang
Amnan = Tempat yang aman, ketenangan.
Dia setuju. So, ok lah. itulah nama adik baby. Payah juga bila sang ayah sibuk jugak nak bagi nama. 😉😉😉. Padahal, kalau ibu bagi nama dah settle awal2 dah. So, adik baby ni boleh panggil Ammar. Kalau tak, bole jugak panggil Amnan. Ikut kesesuaian dan ikut senang lidah masing2. Hehehe.
Adik baby pon dah siap buat surat beranak kat JPN, Rengit. Alhamdulillah dah settle semua. So, tinggal buat check up macam biasa je lah kat KKIA. Selamat datang ke dunia, Ammar Amnan!!
Mom loves you so much!! Oh, kalau sesapa nak cari nama untuk baby, boleh pergi ke link ni. Macam2 nama dok ada tinggal nak pilih jek. 
Ok gais!!! Bubbye!!!
Sayang kalian!!

4 comments:

  1. Semoga adik Ammar Amnan membesar menjadi anak soleh dan membahagiakan ibu bapa... :D

    ReplyDelete
  2. Saya biasanya semasa isteri mengandung dah rancang nama bakal baby. Mengandung bulan ke 7 nama dah ready. Satu nama lelaki satu lagi nama perempuan. Lahir je terus daftar.

    ReplyDelete