Sunday, October 9, 2016

Taklimat Suami Masuk ke Dalam Kamar Bersalin

Haaaa.... Nampak tak tajuk yang agak nerd gitu.... Kihkihkih. Aku dan Mr. A kali ni tawakkal je la nak bersalin kat Hospital Batu Pahat. Sebelum ni agak konfiden nak bersalin kat Hospital Pantai Batu Pahat. Memang dah plan dari awal la kononnya nak bersalin Hosptal Pantai. Tetapi!!!! Masa 1st time kitorang pegi checking kat sana, caj dia tersangatlah mahal, lebih mahal dari Colombia Asia. Tu dengan Dr. Lau tu lah. Aku rasa macam sangat2 tak berbaloi. Padahal, kalau ada kes tertentu pun dia rujuk hospital kerajaan jugak. Kalau tak, buat apa dia nakkan buku merah jugak2. Betul tak....?? Kat Colombia Asia takde pulak nak kena buat buku merah. Mungkin Dr. Raja tu, konfiden dengan diri sendiri dan tak perlukan pun buku merah. Tetibe plak aku rasa bengang. Hahaha. Gilerr!!!
Jadi, kelmarin aku kol Hospital Batu Pahat untuk dapatkan maklumat untuk taklimat suami boleh masuk ke bilik bersalin ni. Alkisahnya, bukan semua tempat buat taklimat ni. Taklimat ni hanya dibuat kat Hospital Batu Pahat ni jek. So, kat tempat lain, lain pulak prosedurnya. Sebegitulah sepahaman aku yang tak berapa cerdik ni.
Jadi, pukul 8 pagi tadi, kitorang dah terpacak dekat HNSI. Taklimat ni tak ramai yang hadir. Kebanyakan diorang mungkin tak tahu. Aku pun tahu, sebab staff nurse kat KKIA Senggarang ni yang bagitau. Kalau tidak, aku pon tak tahu. Aku pun amik ringan pasal benda ni sebab takkan la suami takleh masuk kot, kan? Siasat punya siasat, rupanya, prosedur ni cuma kat HSNI jek. Dan kalau kau takde cop taklimat ni, suami takleh temankan isteri bersalin ye... Benda ni terjadi dekat adik aku masa bini dia nak bersalin, dia takleh masuk sebab dia tak pergi taklimat ni. Yang penting sekali, dia dan isteri pun tak tahu yang taklimat ni ada dan kena hadir oleh pihak suami. Pelik2 je rasa. Tapi, takpelah. Aku pun pergilah...
Apa yang bagusnya taklimat ni?
Semuanya bagus!! Aku bagi akak tu 5 bintang gitu sebab dia explain dengan detail semua benda. Kalau tak paham kita boleh interrupt sessi taklimat. Oke lah. Mula2 tu rasa, mesti boring ni taklimat macam ni. Aku datang pon sebab supaya Mr. A bleh masuk bilik bersalin jek. Bukan nak dengar taklimat sangat pon. Kerek, kan...? Kuikuikui.

Tapi bermula dari setengah jem pertama, aku mula tertarik. Aku rasa macam banyak info yang aku dapat lebih dari Colombia Asia dulu. Yelah, dah dia citer detail kan? Mana tak ko rasa berminat, kan? Sesapa yang tak tahu pasal taklimat ni, aku harap diorang cuba2lah amik tahu. Sebab, taklimat ni sangat bagus untuk info2 korang. Serius ni!! Dia bermula dengan objektif taklimat. Lepas tu, kita akan terus berminat nak tahu, sakit nak bersalin. Lepas tu dia bagitau pulak bukaan2 rahim yang selamat untuk kita pergi hospital. Tanda2 perlu pergi hospital. Keperluan2 nak ke hospital. Apa yang tak perlu bawa, apa yang perlu bawa masa masuk hospital. Lepas tu, masa bersalin apa yang kita perlu buat. Lepas bersalin, apa yang kita kena tahu. Nak tulis satu2 tu macam tak berapa rajin. Tapi, just nak share yang taklimat ni sangat2 berguna. Terutamanya pada ibu2 yang mengandung anak sulong. Kalau rajin boleh la aku buat entri baru untuk taklimat ni. Kalau rajin laaa.... Huhuhuhu.

Moral of the story, walaupun yang bagi taklimat ni cuma Staff Nurse jek. Tapi. kalau dia cukup berilmu, banyak pengalaman dan pengetahuan, janganlah kita yang zero ni, buat2 tahu pasal bersalin ni. Aku baru nak bersalin anak kedua. Aku rasa tak salah kita dengar taklimat ni walaupun kita dah tahu dan ada pengalaman. Takyah kerek sangat kunun2 dah ada experience, jadi ko tak nak dengar taklimat ni . Ko takyah berlagak!!! Kahhhh!

Apa2 pun, tahniah HSNI untuk buat takkimat yang bagus ni.

Sekian coretan kali ni. Sayang anak2 ibu!!!

No comments:

Post a Comment