Friday, August 12, 2016

Dah 28 Minggu!! - 2nd Pregnant


Dari google.
Untuk mengandung kali ni, daku pilih buat check up kat klinik kerajaan (KKIA). Orang kata, lama dan jenuh tunggu. Tapi, benda ni tak terjadi pada diri ini. Sebab? Hehehe. Sebab ku berada di kampung dan KKIA dia sangat la takde orang. Bila pergi tu, jarang2 kena tunggu lama. Tu yang seronoknya. Tapi, bila dengar adik2 ipar cerita pasal bersalin kat sepital kerajaan, sekali lagi iman ku tergugat. Rasa nak pergi bersalin kat klinik swasta plak gitu. Huuwaaaaa!!!!
Tapi, buat masa sekarang, check up je dulu. Yang penting ada buku merah. Haaaa.... Baru rasa lega bila ada buku merah ni. Sebab aku rasa, buku merah ni agak penting jugak kat Johor ni. Sebelum ni kat Selangor takdelah dia titikberatkan sangat. Lain negeri, lain kaedah kotttt....
So, 1st time pergi check up tu, daku pergi dengan Mr. A. Macam bese. Dia suka la check up kat sini sebab tak ramai orang. Takde nak rasa stress. Tak tunggu lama. Senang cari parking. Haaaaiiiii.... Banyak pulak yang dia suka kat klinik ni. Huhuhuhu. Masa pergi tu dah minggu ke 27. Kiranya dah besar dah lah perut daku yang comel ni. Kakakaka. 
Jadi, aku terserempak dengan staff nurse yang mula2 check up aku masa Wafi umur seminggu aritu. SN Aniza nama dia. Dia yang sajes aritu supaya aku amik perancang keluarga. Aku tak mau sebab umur aku dah banyak. Aku tak nak amik benda2 gitu. Kalau bole nak pregnant sebelum capai 40. Takut takleh teran anak tu nanti. Tapi, apalah yang disusahkan. Beranak ceaser je la kot kan kalau dah takleh teran. Hmmmm.... Cakap boleh la. Kalau bole nak normal jugak caner2 pon. Bila dia tengok2 perut daku yang dah kembang tu terus dia tegur. 
"Eh, ko nak check up anak ke, nak check up diri sendiri? Macam mengandung je ko nih??" Katanya. Aku sengih je.
"Kita pregnantlah...." Aku jawab camtu. Dia punya ketawa.
"Cissss!!! Dah berapa bulan ni? Macam dah beso je perut engko ni???" katanya.
"6 bulan la kot lebih kurang..."
"Uishhh... dah besar dah tu..." Pastu dia pandang nurse lain.
"Arini buat buku dulu. Amik detail. Esok la baru buat semuanya. Amik darah tengok hb. Berat, tekanan darah." Pastu dia pandang daku sambil berkata.
"Haaaa..... Ko kena datang balik esok. Amik darah, minum air gula, injek kancing gigi. Ko kena injek 2 kali ni sebab sebelum ni ko takde kena injek kan?" Daku geleng jek.
"Ha... Esok la kalau macam tu. Lepas tu kena jumpa dokter sekali. Ko check gigi sekali." katanya. Aku pon redo jek la. Nak caner. Dah gitu prosedur dia, kan? 
Jadi, aku pon menjalani pemeriksaan tu macam orang lain yang check up kat klinik kerajaan.
So, barulah aku tahu pasal, minum air gula. Macam mana rasa air gula tu. Bukan air gula pon sebenarnya. Air glukos je pun. Lepas tu, kena amik darah. Barulah tahu jugak, apa dia hb (hemoglobin dalam darah). Kebetulan aku punye hb rendah jadik, kena bebel la sikit2 ngan staff nurse tu. Pekakkan telinga sudehhhhh!!! Bukan low sangat pon. 10.5 je. Esok2 bole la tu jadik 12. Hahaha. Positif positif.
Yang lain2 semua ok. Cuma kandungan gula dalam darah je yang tak tahu lagi. Berat aku pon naik sikit je dari berat sebelum pregnant. Aduhaiiii!!! Agak sentap sebab masa ngandung Wafi aritu mencanak2 naik macam apa. Tapi, Wafi keluar kecik je. Hihihihihi. Macam2 hal!!
So, dah kali ketiga pergi check up ni takde apa2 yang pelik berlaku. Cuma kini baru ku tahu betapa lecehnya check up kat KKIA. Aku ni bernasib baik sebab KKIA kat kampung ni tak ramai orang. So, takde la rasa nak rushing sangat. Appoinment pon pukul 11. Kalau sampai dalam pukul 11.30 ke kul 12 tu ok je lagi. Kalau pegi petang pon ok jugak. Janji ko pergi buat check up aritu. Kikikiki.
Dua minggu lagi, daku kena pergi lagi untuk check up. Sebab katanya usia kandungan dah 29 minggu masa tu. So, kena buat check up 2 minggu sekali. Bulan 9 nanti kena jumpa dokter pulak sebab aku punye sticker kat buku tu kaler kuning. Jadi, dalam masa mengandung ni kena jumpa dokter pakar sekali je kalau ikut prosedur diorang. Bulan 9 ni juga Wafi kena pergi KKIA untuk pemeriksaan autism. Aku tak tau apa benda yang diorang nak buat. Tengok je la nanti. Tapi, aku ada tanya jugak kat nurse tu pasal pemeriksaan autism tu. Katanya, nanti nurse akan tanya soalan kat ibu. So, berdasarkan jawapan ibu nanti baru tau anak ada autism ke tak.... Bila dah habis soal siasat dengan ibu, dia akan bangkitkan kepada dokter. Jadi, dokter akan decide apa yang nak dibuat seterusnya. Gitulah katanya....
Harap2 semuanya berjalan lancar dan semoga dipermudahkan segala urusan. Apa2 pon kasih sayang tak pernah berubah untuk baby2 daku. Ibu sayang kalian n Mr. A. Hehehe.
MUUUUAAAHHHHHH!!!!

2 comments:

  1. Alhamdulillah...
    syukur baby dan ibu sehat-sehat je..
    Sebenarnya mana-mana KKIA nie ok je..
    Janji kita pandai budget masa..
    Kalau macam tempat sis tak ramai org memang best..
    Kalau tempat yg ramai org, kita kenalah pergi awal.. barulah boleh cepat..
    Hope everything will be okay for both of you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih Shahida.
      Itulah, selalu sangat dengar orang merungut pasal KKIA, lambat, ramai orang.
      Tapi, kebetulan dapat KKIA yang okey. Sebenarnya boleh kata osem jugak KKIA tempat saya tu. Hehehe.
      Insyaallah, saya pon harap benda yang sama. Terima kasih banyak singgah blog saya yang biasa2 ni.

      Delete