Thursday, July 14, 2016

Pregnant Lagi Tapi Anakanda Baru Setahun



Pada 10.3.2016, genap umur Wafi setahun. Tapi ibu dan ayah takde buat majlis Wafi pon... Sian wafi. Tapi pada masa ni, ibu dan ayah buat aqiqah untuk Wafi. Which is takpe la kot, kan...? Huhuhuhu.
Hari ni, dah bulan Julai dan daku takde update apa2 dalam blog ni. Yang sebenar2nya, daku tak larat nak tengok laptop pon. Aduhaiiii.... Sebab? Hermmm.... Daku disahkan peknen lagikkkk!!! Yeyyy!!!
Masalah pertama aku ni bila pregnant ialah mabuk. Mabuk tak boleh buat apa2 kerja pon. Entri sebelum ni kan aku ada bagitau yang aku ni dah start bekerja, kan? Tapi tepat 30 April tu, aku berenti dengan jayanya. Sebenarnya, dari bulan Mac lagi aku nak berenti. Tapi, ada pulak halangan yang tak dapat dielakkan. So, akhirnya berjaya berhenti pada akhir bulan April tersebut. Alhamdulillah. 
Berenti tu bukan sebab apa. Sebab mabuk je. Mabuk aku ni, yang tak bestnya, takleh tengok laptop, pc, komputer, handphone dan gajet2 yang sewaktu dengannya. Ada lagi satu sebab la untuk berenti tapi itu simpan je lah dalam hati. Aku akan abaikan yang aku pernah kerja dekat butik glamer ni yang mana bosnya sangatlah tak boleh ditegur dan mungkin dia rasa diri tu perfect. Tak kisahlah mana2 pon. Yang penting, aku dah pun delete ingatan yang aku pernah kerja kat situ. Kalau kat facebook tu, aku nampak diorang pos, cepat2 la scroll. Tak tahan tengok wajah yang sangat berpura2 tersebut. Huhuhuhu.
Oklah, nak dijadikan stori mori the morning glory, pada 14.3.2016, masa tu baru je 4 hari besday Wafi yang pertama. Aku dapati, diri ni tak berapa sihat. Kepala pening2 dan yang paling penting bila tak makan rasa nak muntah. Mula2 tu pelik jugak lah sebab tak penah umur jadi gitu. Lepas tu yang tak tahan tu, pagi2 mesti sakit kepala. Muntah2. Morning sickness katakan. Tapi masa tu aku ni masih tak tau lagi. Jadi, masih pergi kerja macam biasa. Cuma bila dikira2, period dah tak datang balik lepas bulan Januari kemarin. Lorrrr.... Baru daku terfikir untuk beli pregnancy test. Adakah...? 
Bila dah beli pregnancy test tu op kos la nak test kan? Maka di pagi yang indah entah berapa haribulan tah tu, aku pun ngetest la urine aku.... Dan tettttt!!!! Ada dua palang kat situ. Wahhh!!!! Daku preknan lagikkk!!! Seronokkkk!!! Tapi pada masa yang sama kesian kat Wafi. Dia baru je umur setahun. Tetiba je rasa sedih. Ini kalau ada orang tau ni, mesti diorang suruh aku berenti susukan Wafi ni. Alahai.... Tekanan pulak bila macam tu... Jadi, aku diamkan je kisah preknen aku ni. 
Bila aku berenti keje, aku pun balik la kampung. Sebelum balik kampung tu sempat la pergi check up untuk anakanda yang second ni. Meurut kata dokter, kandungan aku dah agak besar. Katanya, nape lambat datang check. Hehehe. Aku memang tak larat. Dah tu nak acaner??? Tul tak? Di tambah pulak dengan Mr.A yang agak sibuk kebelakangan ni. Tu yang lambat g check up tu. 
Tapi dokter kata, kandungan sihat dan normal. Degupan jantung pun okey. Sempat jugak dokter bagitau aku tentang tandom bf. Iaitu susukan baby dengan dua orang baby. Aku tanya dia boleh tak kalau aku teruskan penyusuan untuk Wafi memandangkan dia masih bf lagi. Dokter kata okey je, dengan syarat aku kena sihat, cukup rehat, cukup makan, vitamin dan banyak minum air. Then should be no problem. Gitulah katanya. Pastu dia cakap lagi, kalau ada orang suruh berenti mneyusukan baby yang ada ni, jangan dengar sangat. Kita yang mengandung, jadi kita tahu tahap kesihatan kita. Jangan bimbang katanya. Yang tak okey, kalau kita susukan baby yang ada ni, kita keluar darah, pernah keguguran so, itu akan benda ni akan terus jadi pemerhatian dokter. Mungkin kena stop bila jadi macam tu. Begitulah menurut kata dokter.... Jadik, aku pon teruskan susukan Wafi tanpa rasa bersalah lagik. Syukurrrr.
Seterusnya, dokter bagi EDD untuk baby yang ini. EDD dia kalau ikut dokter pada 2.11.2016. Tapi aku percaya baby aku ni akan keluar bulan 10. Tapi, kalau nak keluar bulan 11 pon ok jugak. Sama ngan ibu nanti. Kikikiki. Kalau bole datenye biarlah yang senang ibu dia ni nak hengat. 1.11.16 tu cantek jugak tarikhnye. Kalau dia due bulan 10, harap2 tarikh dia dalam lingkungan 14hb (sama date ngan ayah dia) ataupon 18hb (tarikh kitorang nikah). So, mana2la yang senang ibu ingat ye, baby sayang. 
So, buat masa sekarang baru sekali jek ibu g check up untuk baby ibu ni. Kesian dia.... Nanti kita pergi check up lagi tau sayang. Ibu sayang baby and abang Wafi with much much much love. Tak terkira dengan nombor, tak terucap dengan kata2. Yang penting sekali, Alhamdulillah atas rezekiNya. Ibu sayang uolsss sangat2. 
Itu je la untuk kali ni. Nanti daku update lagik untuk citer seterusnya. 
Much love to both and Mr A.

No comments:

Post a Comment