Saturday, July 16, 2016

Ambil Darah Sebab Demam



Kisah sedih ni bermula pada awal bulan puasa baru2 ni. Jun 2016 ni lah. Alkisahnye, Wafi mula2 sakit tekak. Then tak lama lepas tu dia demam. Ketakutan paling tak dapat dibayangkan ialah kalau jadi apa2 kat Wafi (Na'uzubillah...). Aku takut tengok dia kalau demam. Takut kalau kena sawan. Takut kena kancing gigi. So, nak dijadikan cerita, Wafi hampir2 kena sawan, nasib baik Mr. A ada dan dia tahu apa nak buat. Maka, bersyukurlah aku sebab tak jadi apa2 pada Wafi di ketika itu. 
Tapi, tak lama lepas tu abang aku bagitau yang Wafi hampir kena kancing gigi. So, aku kena basuh muka dia. Suruh dia bangun dan suruh dia nangis. Dan abang aku adalah orang yang paling layak sekali buat Wafi nangis sebab Wafi ni sensitif sikit bila kena gertak dengan abang aku. So, masa tu selamat jugak Wafi.
Walaupon begitu, bila mak tengok dia kering bibir, mak suh aku bawak pergi hopital. Aku yakin dia tak tau kalau pergi sepital ni, Wafi kena amik darah. Dan Kemungkinan ditahan adalah sangat tinggi. Aku pulak, kalau boleh nak ayah dia ada sekali masa aku kena tahan kat wad temankan Wafi. Ayah dia masa tu pulak dah balik KL. Kerja. Tapi, mak yang beria2 suruh hantar malam tu jugak. Marah, geram, serabut. Tapi, aku ikutkan je lah.
Dan last2 Wafi kena tahan wad. Macam mana aku boleh tahu Wafi kena tahan at the first place? 
1. Wafi dah demam hampir seminggu kalau ikut kiraan aku. Tapi demam dia on off.
2. Keadaan Wafi yang sangat lemah, tak nak minum air dan tak nak makan.
3. Tak aktif langusung macam dia sepatutnya.
So, jangkaan aku tepat. Malam tu jugak Wafi kena amik darah. Menangis sakan dia. Sian sangat aku kat dia. Aku tengok dia nangis, aku pun nak ikut nangis. Tapi aku kuatkan hati dan peluk dia penuh kasih sayang. Aku kesian sangat kat dia. So, atas nasihat dokter, Wafi ditahan wad. Maka, bermulalah malam tu sessi tido atas katil budak yang kecik dan sangat tak selesa. Yang tak tahan tu, ada suami2 yang dok tunggu dalam wad. Aku tak tau caner nak tido dengan adanya lelaki dalam wad tu. Kena pakai tudung meh?? Arghhhhhh!!!! Mak stresss nakkkk!!! Puasa, tak sihat, masih dalam keadaan mabuk dan mengandung. Owwww.... Aku cekalkan hati untuk menghadapi semua ni. Demi Allah, aku buat untuk kesihatan anak aku.
Namun, keesokan harinya, Wafi dah mula menunjukkan tanda2 sihat. Tapi, atas nasihat dokter pakar, aku tak dibenarkan balik lagi. So, kalau esok aku takleh balik lagik, aku memang nak mengamuk. Serius laaaa.... Kau nak suruh anak aku yang stabil ni duduk sepital dan aku ni??? Kau nak suruh aku pulak sakit??? Haaa.... Gitulah yang aku nak amukkan. Jadi, aku duduk sepital tu selama dua hari. Aku tanya2 dengan dokter result darah Wafi. Katanya takde apa2. Tapi soalan2 yang sama dan banyak tu buat aku nyampah la pulak. Jadi, kesabaran kena tinggi masa ni. Laki aku pon berapa kali daaaa asek kena halau je. Kihkihkih. Apalah.... Itu pon nak berkira.
Hari Pertama (malam)
Ini gambar hari pertama Wafi masuk sepital. Sian sangat masa ni. Dia tak nak bangun tido pun. Bila bangun asek nangis je sebab dia ingat yang malam tadi tu dia kena amik darah dan kena cucuk. Bila nampak dokter atau nurse je dia pun start la nangis. Tak nak kasi chance kat diorang untuk pegang dia. Jadi, susahlah sikit diorang nak cek degup jantung dan tekanan darah dia. 
Tapi, bila diorang takde di sekeliling dia, dia boleh pulak main2 dan bergurau dengan aku, whcih is buat aku rasa bahagia sangat. Bersyukur sebab dia dah sihat. Pada masa ni, Wafi kena masuk air kat tangan. 3 kali dokter terpaksa cucuk dia sebab dia boleh tarik benda yang untuk masuk air tu. Haishhh!!! Wafi, Wafi. 
Dan aku pulak, tak dapat tido lena sebab Wafi nangis2 dan tak nak terlepas waktu bersahur. Nasib baik masa ni, Mr. A dah ada di sisi. Jadi, boleh lah minta tolong dia belikan makanan sahur dan buka. Yang penting sekali ialah kepenatan yang tak terperi2. Dokter dah masuk wad, ibu n Wafi masih tido lagi. Hahahaha. Adohaiiiii.... Camtu pon boleh. Nak acaner... Aku memang sangat tak larat.
Petang tu, Mr. A bawak dia round2 kat taman. Barulah dia ceria sikit.
Hari Pertama (siang)

Ni pulak gambar hari pertama waktu siang dia kat wad. Nampak dah sihat sikit. Petang tu sebelum ayahnya bawak keluar taman, Wafi dah bole bukak water drip kat tangan tu. So, tu yang ayahnya boleh bawak dia keluar berjalan kat taman. 
So, hari kedua dia dalam wad, dia dah mula ceria (takde gambar). Lalu makan, dan banyak pulak minum susu. Ya Allah.... Suka sangat aku ni bila tengok dia back to normal. Alhamdulilllah sangat2. 
So, petang tu dalam pukul 2 lebih aku dah boleh balik. Punyalah aku suka. Tak leh nak hilang senyuman kat bibir ni. 
Cuma, harap2 lepas ni bila Wafi demam lagi, janganlah sampai masuk hospital lagi. Yang sedihnya tu, aku. Aku sedih sangat nanti.
Ya Allah, berilah kesihatan kepada anak2ku. Kalau nak demam pun takpe. Tapi janganlah sampai masuk wad. Jangan teruk sangat. Sikit2 ok lah. Dan harap2nye macam tu la sampai bila2. Allahuakbar. Aamiinn...
Rasa dah cukup coretan kali ni. Semoga sihat semuanya, selama semuanya. Sayang kalian sebanyak2nya. 
 

No comments:

Post a Comment